Mendamba Cinta Ilahi

Mendamba Cinta Ilahi

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah.. Selamat melayari laman web ini,moga-moga kita sama-sama dapat berkongsi maklumat,artikel ilmiah dan pandangan semata-mata kerana Allah Taala.Jika ada apa2 yg ingin dikongsi,hantarkan ke tiesha80survivor@yahoo.com.

Monday, June 13, 2005

HELP THEM!!!

MAH MERI TRIBE LOSING LIVELIHOOD TO AGRICULTURE

For more than four decades, the Mah Meri tribe has supplemented its income from carving,using the stump of the unique Mireh Batu tree found in Pulau Carey, Banting,Selangor.Sadly,this may soon become history.
Unless the relevant authorities halat encroachment and the destruction of the species,specifically in the island's Kg.Bumgun.Unknown to many,Kg Bumgun has seen massive destruction over the past 10 years. This is becoming a cause for alarm,Consumer Association of Klang 's president Devdass Anjan told."The Mireh Batu species are nearly gone. The tribe finds it difficult to get the tree whose trunk is used to carve 'nenek moyang spirits' like masks and tiger."
"They fetch an income of between rm800 and rm900 for each carving...but not anymore.To worsen matters,their original livelihood which is fishing,has also been threatened after the Kuala Langat river was found to be dangerously polluted due to industrial wastes", he said.In the last 25 years, government and private bodies have also encroached into the area with the purpose of cultivating palm oil.
They have been reclaimed the land for the crop and that, affects the ecological system.Tourists including locals and researchers,flock to kampung Bumgun in droves in search of special tree and to purchase the Mah Meri carvings regarded as a heritage."If nothing is done,encroachment will rob the 30 families in the tribe of the ecotourism busineess,causing them to lose the tradition of their forefathers,"he continued.
Devdas said that the best solution to address the existing problems would be to gazette the forest reserve which will see the preservation of the coastal area and the Mireh Batu which forms part of the area's growth of trees.After all,he said,the tree is a good wind breaker and protects the soil agaonts erosen. It thrives along the mouth of the river where the salt and fresh water makes it conducive for its growth.
Realising the neglect of the island,CAK wrote to the United Nations Development Programme seeking funds to conserve the place and replant the species in the past four years,but so far its efforts have been in vain.
sources:Sunday Mail,June 5,2005.

kisah teladan

Kisah ini mengenai seorang maharaja yang menerima kebijaksanaan rakyatnya walaupun taraf mereka labih rendah darinya.Maharaja ini bernama Anusyirwan yang semasa kecilnya pernah dididik oleh seorang guru yang berwibawa. suatu hari Anusyirwan telah dipukul gurunya tanpa sebarang alasan sehingga tersimpan perasaan dendam dihatinya. Ketika Anusyirwan telah menjadai maharaja,beliau meminta gurunya mengadap. Gurunya sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku bila berhadapan dengan bekas anak muridnya yg tlh memegang jawatan maharaja. Tanggapan guru tersebut tepat sekali apabila Anusyirwan bertanya kepada gurunya"wahai syeikh,apakah sebabnya kamu memukul saya ketika sy dlm didikan kamu dahulu?".Gurunya menjawab"ketika sy melihat kamu sangat suka kpd ilmu pengetahuan, sy berharap agar takhta akan beralih kepada kamu setelah ayahmu turun dari takhta nanti. Untuk itu sy hanya hanya bermaksud memberi pengajaran kepada kamu dgn memeukul kamu tanpa sebab supaya kamu merasa bagaimana sakitnya bila dizalimi oleh org lain sehingga kamu tidak akan menzalimi org lain. Ingatlah sesungguhnya kezaliman itu suatu yg paling brbahaya dlm kehidupan. Kalau kamu merasai sakitnya dizalimi,janganlah sekali2 kamu membuat zalim".
Pd suatu hari maharaja Anusyirwan keluar berburu bersama beberapa pengawal. Pd pertengahan jalan, baginda memisahkan diri dari pengawalnya. Setelah sekian lama berburu, beliau berhenti kepenatan sambil merasa amat kehausan. Baginda terpandang sebuah pondok lalu terus pergi ke pondok itu dengan tujuan utk meminta sedikit minuman. Setelah beberapa kali memanggil pemilik pondok, akhirnya keluar seorg gadis kecil. Melihat keadaan tetamu yg berada dipintu,dia masuk kembali ke rumahnya. Dia mencampurkan sedikit manisan kedalam minuman itu lalu dimasukkan ke dalam botol dan diberikan kepada mahaharaja.
Setelah menerima botol itu,maharaja melihat ada larutan didalm botol itu. Maka baginda minum sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Setelah selesai minum,baginda bertanya kpd gadis kecil itu"sesunguhnya inilah minuman yg paling sedap yg pernah aku rasa sekiranya di dlmnya tidak ada larutan lain"!.Jawab gadis kecil itu"sy sengaja mencampurkanya ke dalm air itu"."Kenapa kamu berbuat demikian"?Baginda bertanya lagi.Jawabnya"ketika sy melihat tuan sgt haus,sy takut tuan akan minum seluruh air dalam botol itu sekaligus. Keadaan ini membahayakn tuan. Bagi mengelakknnya, sy mencampurkan dgn larutan buah ke dalam air supaya tuan tidak maminumnya sekali gus".Baginda bertanya lg"berapa byk larutan yg dicampur ke dlm minuman td"?.Jawabnya"hanya satu jenis buah sahaja."
Selepas itu, Maharaja Anusyirwan meminta diri utk meneruskn pmburuan.Stlh puas memburu, baginda berasa penat dan ingin kembali semula ke pondok yang didiami gadis kecil dahulu. Setelah puas mencari, akhirnya baginda menjumpai pondok itu. Setelah puas memanggil, muncullah gadis kecil itu. Setelah melihat baginda,gadis itu mengetahui apa yg diigini oleh baginda.Namun begitu gadis kecil itu sengaja melambat2kn menyediakn minuman utk baginda.Setelah minuman sampai,baginda bertanya"kali ini kamu lambat memberikan minuman kepada sy".Jawab gadis"betul tuan,skrg sy lambat membawanya kepada tuan."mengapa?"tanya baginda."minuman tuan kali ini bukan sekadar dicampurkn dgn satu larutan buah ttp sy campurkan dgn tiga jenis larutan buah,sbb itulah lambat dibawa kepada tuan"jawab gadis."mengapa boleh berlaku begitu"?tanya baginda lagi."kerana perubahan niat tuan sendiri".jawab gadis lagi."Mengapa boleh terjadi demikian"?tanya baginda lagi.Gadis itu menjelaskan"tuan, bukankah kita mendengar bahawa ketika niat seorang penguasa tlh berubah terhadap sesuatu kaum, maka akan hilanglah keberkatan dari kaum itu serta akan berkuranglah kebajikannya".
Baginda tersenyum mendengar penjelasan yang bijaksana drpd gadis itu. Setelah beberapa ketika,Maharaja Anussyirwan megahwini gadis itu kerana tertarik kepada kecerdikan akal dan kefasihan lidahnya...

Sunday, June 12, 2005

AWAS PEROKOK!!!!

INI ADA BERITA BURUK UNTUK PARA PEROKOK...MUNGKIN ANDA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA DENGAN MEROKOK BOLEH MENYEBABKAN BUTA. PENYELIDIKAN YANG DILAKUKAN MENDAPATI PEROKOK EMPAT KALI LEBIH KEMUNGKINAN MENGALAMI BUTA PENGLIHATAN BERKAIT DENGAN USIA AKIBAT MEROKOK.
MENURUT DR.SIMON P.KELLY, PAKAR BEDAH MATA DARI HOSPITAL BILTON,LEBIH DARIPADA 1/4 PENURUNAN KADAR PENGLIHATAN MENYEBABKAN KEBUTAAN ADA HUBUNGKAITNYA DGN MEROKOK. PENURUNAN KADAR PENGLIHATAN INI MERUPAKAN KEADAAN BERBAHAYA DAN BERSIFAT PROGRESSIVE YG MENGAKIBATKAN KEHILANGAN TUMPUAN PENGLIHATAN. INI TERMASUK KETIDAKMAMPUAN MENGGUNAKAN RETINA UTK MELAKUKAN AKTIVITI MELIHAT KEDEPAN SPT MEMBACA, MEMANDU KERETA ATAU MENJAHIT. SECARA BIOLOGINYA KEMUNGKINAN BUTA INI TERJADI KERANA RETINA MATA MENGALAMI KEROSAKAN AKIBAT ASAP ROKOK. KEROSAKN INI TERJADI OLEH MOLEKUL YG TIDAK STABIL ATAU RACUN YG DISEBUT FREE RADICALS YG MENYEBABKN KEROSAKAN PD SEL2 MATA.
INI YANG DIBUKTIKAN DARI SCIENTIFIC'S FINDING, WALAUPUN TERDAPAT KHILAF ULAMA TENTANG KEDUDUKAN HUKUM MEROKOK INI IA TETAP MEMBERI KEMUDARATAN KEPADA PARA PENGAMALNYA. SY PERNAH MENDENGAR CERAMAH AGAMA YG DISAMPIKAN OLEH SEORANG DOKTOR MERANGKAP PENDAKWAH BEBAS YG MENCERITAKN BAGAIMANA SEORANG CINA YG TERLIBAT DLM PEGUSAHAHN TEMBAKAU MENGATAKAN BAHAWA TEMBAKAU ITU TELAH DISAPU DENGAN ALKOHOL BAGI MENAMBAHKAN 'KICK' ATAU POWER ROKOK ITU. LAGI MAHAL ROKOK,LAGI BANYAKLAH ALKOHOL YANG DIGUNAKN.INI KERANA MENURUT ORG CINA ITU LAGI,ALKOHOL ITU BG MEMBUAT PR PENGGEMARNYA KETAGIH DAN KHAYAL APABILA MENIKMATINYA...
JADI,APABILA YG HALAL DICAMPURKAN DGN HARAM,MAKA HARAMLAH JADINYA..JADI CUBALAH BERHENTI MEROKOK, MMG PAYAH TP SEKURANG2NYA MENCUBA..BUKAN UNTUK ORG LAIN..UNTUK DIRI ANDA JUGA..

FROM: ANTI MEROKOK

Monday, May 30, 2005

if I Knew...

If I knew...
It would be the last time
I saw your smile
I will keep it into frame
So I could see it when I miss u
If I knew...
It would be the last time
I hear your voice lifted up
I will video tape each action and word
So, I could play them back
day after day
If I knew...
It would be the last time
To say I Love You, father
I will say it every single minute
So, I could show how much you mean to me...
If I knew...
It would be the last time
You advice me because of my naughty
I would never againts you
So, I could not make you worried
But....
Time cannot turn back
Don't wait until tomorrow
To show your love and appreciate
to someone that you love..
So...
Appreciate and love every one near you
Because you do not know
when they will leave you
And you will lost them...

Thursday, May 26, 2005

renungkanlah

manusia terbahagi kepada 4 golongan

manusia yang tahu
dan dia tahu bahawa dia tahu
maka dia adalah manusia yang berilmu
dan layak dijadikan pemimpin.

manusia yang tahu
tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu
maka dia sedang tertidur
dan dia perlu dibangunkan

manusia yang tidak tahu
dan dia tahu bahawa dia tidak tahu
maka dia perlu dibimbing
agar dia segera cergas

manusia yang tidak tahu
dan dia tidak tahu bahawa dia tahu
maka dia harus dijauhi.

fikirkan digolongan manakah kita...

Wednesday, May 25, 2005

Emosi Dan Akibatnya

Maklumat berikut diperolehi oleh seorang sahabat semasa menghadiri ceramah PROF. DR. SIRMUGENI SAMERIN salah seorang ahli lembaga pengarah Sureco yang merupakanpakar perubatan rawatan alternatif.

PERKARA BERIKUT ADALAH HASIL PEMERHATIAN YANG MENGAMBIL MASA BERABADLAMANYA UNTUK DI KENALPASTI, DIKUTIP DAN DIAMBIL DARI BERBAGAI-BAGAISUMBER. TIADA KAJIAN SAINTIFIK UNTUK PERKARA BERIKUT.

Emosi rupanya mendatangkan kesan-kesan tertentu kepada tubuh kita...

Kondem Orang
-->Pengerasan ateri dan sakit tekak

Domineering, menguasai, & menganiaya
-->Sakit belakang

Cynical, sindiran
-->Bongkok

Menahan marah, memendam rasa
-->Sakit semua bahagian belakang

Menanggung masalah sendiri / orang lain
-->Lenguh bahagian belakang

Menyimpan rahsia pahit, tidak memaafkan, cemburu, kebencian
-->Kanser

Amalan sikap negatif, menyimpan sesuatu
-->Sembelit

Menyampah kepada seseorang
-->Batuk

Jaga tepi kain orang
-->Sinus (Resdung)

Komplen
-->Organ seks

Dendam
-->Gastrik

Kerakusan kasih
-->Jantung dan paru-paru

Minda yang tiada tolak ansur
-->Sakit sendi

Memendam emosi
-->Sakit pinggang

Kekesalan
-->Hati (liver)

Ketegangan emosi
-->Tengkuk tegang

Penyedih, terkejut, ketakutan, kegembiraan
-->Pankreas

KESIMPULANNYA

Sebagai manusia kita tak dapat lari daripada mengalami satu atau semuakeadaan emosi di atas. Namun demikian Nabi S.A.W mengingatkan supayakita bersederhana dalam semua hal.Kenali sifat-sifat tidak baik yang ada pada diri kita dan berusahalahuntuk memperbaikinya dan menggantikannya dengan sifat-sifat yangterpuji.

Waallahualam.

Apa Itu Cinta?

Assalammualaikum.

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini kerana saya beranggapan perkara ini telah menjadi suatu adat yang perlu dilalui oleh golongan muda, iaitu ber'coupling'.

Setengah orang memberikan ia nama ‘bertenet’, setengahnya ‘dating’, setengahnya ‘couple’, namun tiada seorang pun menamakan ia berdua-duaan, berkhalwat atau 'saya nak keluar jap, nak buat maksiat dengan girlfriend atau pakwe saya'.

Telah menjadi kebiasaan, melihat bukan setakat di taman bunga, malah di shopping complex, kedai mamak, didalam library, malah ditepi-tepi jalan bergombol-gombol pasangan-pasangan umat Islam (melayu) yang sedang berpegang-pegangan tangan, malah lebih sedih, berpeluk-pelukan tanpa ingat (atau takut) kepada Allah s.w.t akan Perbuatan haram mereka itu.

Lebih menyedihkan, terdapat pasangan yang membuat maksiat itu adalah orang yang bertudung, malah ramai juga yang dilihatnya orang bertudung membuat perkara ini. Apalagi yang tidak bertudung.

Tetapi perlu dingatkan, apa yang saya katakan ialah orang yang ‘bertudung’, bukannya orang yang menutup aurat.

Kerana bertudung masih belum boleh dikatakan menutup aurat. Malah tidak tutup aurat pun! Jika difikir pendek, kita berasa agak bersyukur melihat trend umat Islam melayu sudah berjinak-jinak dengan tudung, tapi hanyalah sebagai fesyen.

Pakaian bajunya masih ketat, dan ada yang berT-shirt lengan pendek di tambah dengan seluarnya yang menampakkan bentuk kaki. Umat melayu mesti membuka sedikit pemikiran tentang aurat ini.
Tudung bukanlah pelengkap kepada pakaian menutup aurat, tetapi lebih dari itu. Pakaiannya mestilah labuh dan longgar, tidak menampakkan bentuk badan (serta tidak jarang dan bercorak). Ini bermakna, adakah dengan berbaju kebarung itu haram? Fikir-fikirkan lah.
Berbalik kepada isu bercouple ini, umat melayu telah dipesongkan dengan ‘konsep’ mengenali atau bercinta dahulu baru berkahwin. Jika tidak keluar bersama-sama, masakan kita boleh mengenal pasangan yang akan bakal menjadi suami atau isteri kita?

Adakah untuk mengenali bakal pasangan kita nanti, atau lebih cantik jika ditulis…. adakah untuk menuju kepada kebaikan (kahwin) perlu membuat perkara yang HARAM terlebih dahulu?

Adakah perlu keluar bersama berdua-duaan ke kedai makan bersama-sama, menonton wayang bersama-sama, study di library bersama perlu dilakukan agar bila berkahwin nanti rumahtangga akan selamat walafiat?

Cinta sebelum kahwin tidak salah dan bercinta selepas kahwin pun tiada salahnya. Tetapi yang bermasaalahnya ialah membuat perkara haram sebelum berkahwin. Umat Islam Melayu mesti berfikir, mengapa Allah berfirman :

“Janganlah kamu mendekati zina...”,

Bukannya “Janganlah kamu berzina..” (Tetapi untuk mendekatinya pun dilarang oleh Allah s.w.t) Ini sebagai arahan daripada Allah s.w.t kepada hambaNya.


Seringkali terdengar suara janggal dari pasangan couple ini, apabila ditegur, mereka akan mengatakan mereka melakukan ini hanya untuk mengenali pasangannya sesuai atau tidak. Memang elok mengenali pasangan masing-masing sebelum berkahwin, tetapi berdua-duaan bukanlah caranya.

Kaum hawa sepatutnya membuka sedikit fikiran mereka dengan iman. Jika mereka mengenali seseorang jejaka yang dicintainya, dan bila diajak untuk keluar bersama, jejaka itu dengan seronoknya mengiyakan untuk keluar bersama, adakah sihawa ini berpendapat lelaki ini adalah lelaki yang sesuai untuk dirinya kerana menganggap lelaki itu suka akannya.

Ataupun diubahkan sedikit pemikirannya dengan iman, mengatakan, “Belum berkahwin pun si hawa diajak membuat dosa, apakan lagi bila sudah berkahwin.” Adakah si lelaki tadi boleh membimbingnya untuk menuju ke syurga Allah?

Jangan menganggap cinta itu adalah berdasarkan kepada suka sama suka.
Cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah s.w.t.

Jika selepas seronok bercouple selama setahun, baru si lelaki melamar akan sihawa, kekasihnya untuk berkahwin, dan berkahwinlah mereka, dan beranak pinaklah mereka, adakah perkahwinan mereka itu diberkati Allah kerana setelah berkeluarga pun masih tidak insaf akan perbuatan mereka sebelum kahwin.

Mari kita fikirkan, contohnya bila sepasang suami isteri, pergi berkelah di port dickson, kemudian isterinya ternampak pokok yang rendang lalu dikata kepada suaminya :

"abang, nampak pokok tu, tempat kita bercouple dulu, romantiknya ya bang waktu tu,"
jawab si suami : "betulle, seronoknya pergi ke port dickson nie, ingat peristiwa masa bujang dulu, ye yang,..."

Tiada langsung perkataan astaghfirullah, kita telah buat dosa masa sebelum kahwin dulu. Tiada langsung penyesalan.

Tidak malukah kita dengan Allah?

Jika kita ada masalah keluarga, kita meminta pertolongan-Nya menadah tangan, padahal kita masih ada hutang pada Allah s.w.t. Dosa kita yang lepas, tetapi masih belum bertaubat walaupun kita telah tidak melakukannya iaitu tiada penyesalan akan dosa kita bercouple dahulu.

Oleh itu, pasangan suami isteri mestilah berfikir 2-3 kali jika ada sesuatu yang tidak kena pada rumahtangga masing-masing. Dahulu masa bujang seronok bercinta, tetapi selepas agak lama berkahwin, sudah menampakkan permasalahan timbul.

Puncanya, bercouple telah menjadi satu dadah kepada orang yang mencari pasangan. Dadah yang haram sejelas-jelas haram telah dihalalkan oleh nafsu pada jiwa yang mentah kerana telah dianggap kebiasaan oleh masyarakat sehingga ibubapa pun tidak kisah jika anaknya keluar dengan tunang masing-masing berdua-duan didalam kereta untuk bercouple (atau hakikatnya - untuk berkhalwat). Apalagi yang baru berkawan.

Oleh itu, bagaimanakah Allah hendak memenangkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, padahal umatnya penuh dengan dosa.

Jika kita sedang bercouple, cubalah ingat akan Allah, jika tidak boleh ingat juga, cubalah ingatkan umat Islam di Palestin yang sentiasa mati dibunuh tiap-tiap hari. Umat Islam di Afghanistan, Chechenya, Kashmir, Mindanao & lain-lain.

Jangan kerana dosa kita, menyebabkan doa ulama kita tidak dimakbulkan Allah, kerana ulama itu lupa untuk menegur kita, janganlah kerana dosa kita, Islam dihina, umat Islam dibunuh, masyarakat Islam dilihat seperti bakul sampah, lebih-lebih lagi kaum hawa yang bertudung (walau masih belum menutup aurat).

Bangsa lain akan menganggap orang Islam pun sama perangainya dengan orang bukan Islam.
Janganlah kerana kamu, Islam dihina wahai si perempuan bertudung (walau masih tidak menutup aurat), janganlah kerana perbuatan bercouple kita ini menyebabkan kehancuran Islam di negara kita sendiri dan seterusnya diseluruh dunia.

Fikir-fikirkan,

wallahualam.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda :

“ Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"